Monday, February 26, 2007

Di Kedai Buah-Buahan.

Pada satu hari saya berjalan-jalan tanpa tujuan di kawasan Taipan di USJ. Saya ke situ kerana berjumpa dengan seorang rakan yang mungkin akan menjadi kongsi dalam satu usahasama perniagaan yang boleh akan menjadikan saja lebih miskin dengan beban hutang, atau kaya raya sampai tak terkira duit saya dalam bank sehingga kerajaan pun datang jumpa saya nak pinjam wang dengan saya tapi saya kata tak payah pinjamlah ambik saja berapa yang nak supaya kita sama-sama boleh benteras gejala rasuah di negara kita yang akan menyambut kemerdekaan ke 50 pada bulan Ogos ini tapi sekarang kita sudah sibuk merayakan hari ini macamlah kita tak sabar-sabar nak berarak ramai-ramai sambil sorak-sorak dengan bendera jalur gemilang.
Selepas rakan saya belanja nasi kandar lauk kambing dan berbagai-bagai kari yang boleh menambahkan jumlah bil, saya berjalan tanpa tujuan menghala ke sebuah kedai D-I-Y. Tiba-tiba saya terserempak dengan kedai Just Fruits. Saya berfikir dalam hati dan dalam otak, wah! ini kedai bagus. Lalu saya masuk look see look see dan beli beberapa jenis buah-buahan boleh menjadikan saya lebih sihat. Harga sangat berpatutan, terutama honey dew dan dragon fruit yang cukup manis dan enak dimakan sambil tengok TV cerita Tamil Chandramukri yang sungguh kelakar dan penuh dengan nilai-nilai murni yang saya tidak boleh tulis disini kerana saya sendiri tak faham maksud saya itu.
Minggu ini bermulalah kehidupan baru bagi saya sebagai seorang usahawan. Semoga kerjaya ini akan memberi kepuasan kepada saya untuk terus berusaha mencari rezeki sesuap nasi, atau beberapa keping tosey, capati dan sebagainya. Oleh itu kalau saya macam senyap jer minggu ni, tak tulis entry fahamlah yang saya sedang sibuk kesana kemari menguruskan hal-hal bisnes.
Ada kemungkinan saya akan berpindah ke USJ kerana saya lihat kawasan ini sangat teratur. Tengoklah macammana.

14 Comments:

Blogger AuntyN said...

All the best to you my friend. Jadi usahawan ni memang susah, tapi kalau kita usaha dan berdoa InsyaAllah, akan berjaya. Failure is just a learning curve. It will teach us to be successful/

Again ALL THE BEST.

11:18 AM  
Blogger podgykat said...

That's good news! May you be blessed with good fortune, Bergen.

12:02 PM  
Blogger Fauziah Ismail said...

Good luck, mate!

3:11 PM  
Blogger tokasid said...

Salam to Bergen: Alhamdulillah, now that you venture in keusahawanan.InsyaALLAH with lots of patience you will be usahawan berjaya.But life will not be easy with sharks swimming around your perahu, but after going through worse situation before I know you can make it.
All my best to you Sir. May ALLAH limpahkan rezeki halal and Rahmah to what ever you do.

4:15 PM  
Anonymous Anonymous said...

ke hadapan usahawan muda yang bakal berjaya, moga maju jaya. dan harap-harap anda banyak bersabar apabila berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang tidak terhingga di USJ.

5:08 PM  
Blogger k.d said...

I wish you all the success in your business. Dah kaya nanti jangan lupa kita semua ye!!

8:18 PM  
Blogger Clark Gable of Pulau Duyong said...

Wahai Mr Bergen,
Adelah says dgn ini mengucapkan selamat berjaya dlm usahasama Tuan.
Jatuh,bangun,tungingtelanggang,riukperut,ciukmuik dan sudukseranah adelah pekara biasa,
semoga berjaya

9:15 PM  
Blogger NorAiniJ said...

Good luck in all your future undertaking bro. Just don't forget to still entertain us your loyal readers with your anecdotes.

10:46 PM  
Blogger Kak Teh said...

kak teh juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada sdr Bergen dalam usaha mengorak langkah ke bidang baru ini.

5:10 PM  
Blogger t o r t s said...

welcome to da neighbourhood and all da best.

12:12 AM  
Blogger Sayuti said...

i think i missed something, sir.

i think so. i think i missed a lot.

sejak bila alih bahasa ni?

1:06 AM  
Blogger Blabarella said...

Selamat maju jaya di dalam perniagaan anda!

1:38 AM  
Blogger IBU said...

Maju, maju segera maju ....
Dah banyak $$$ jgn lupa baya zakat :)
Nanti tambah maju ....

10:52 PM  
Anonymous Anonymous said...

welcomeee to usj hihihi

5:50 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home