Thursday, April 06, 2006

Of Course I Speak Malay.

Memanglah saya punya entries banyak tulis dalam bahasa Inggeris tapi ni bukan boleh bikin bahan bukti saya tak tau cakap melayu, atau tak bleh tulis dalam ini bahasa. Saya pandai ini bahasa sudah lama. Dari kecik sudah boleh cakap dan boleh tulis lepas gi sekolah. Saya pun pernah dapat markah tinggi juga dalam peperiksaan ini bahasa, mungkin paling tinggi 65%. Itu sudah kira bagus sebab saya dalam kelas paling belakang, sama satu kelas budak-budak tak tahu baca apa-apa tapi cuma tau main terup dan tumbuk-menumbuk bila balik sekolah pasal diorang suka kacau orang lain punya hal jadi gaduhlah.

Saya juga memang boleh pandai tulis dalam bahasa melayu cantik macam itu orang-orang puisi dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya cakap pun ni macam saya tulis pun lagi ini macam. Saya memang tahu ini bahasa, saya memang boleh cakap ini bahasa punya. Saya juga banyak ada respek ini bahasa itu pasallah saya bagi ini entry dalam ini bahasa sebab mau kasi proof saya boleh tahu ini bahasa macam semua orang juga. Kalau tak tahu ini bahasa mana boleh dapat MyKad. Betul ka? Awak fikir saya cakap ada masuk akal?

Pernah satu kali ada tiga orang kawan saya cakap saya macam orang putih celup tapi body melayu. Saya cakap tak baiklah cakap ini macam saya bukan orang putih. Saya bukan mahu jadi orang putih. Apa pasal saya mahu jadi orang putih, ini memang tak boleh punya. Cara biologi memang ada mustahil tapi saya punya kawan cakap saya sudah over sebab saya punya gayahidup serupa macam mat salleh tapi saya cakap, mana ada? Saya memang suka makan steak tapi itu bukan jadi bahan bukti saya mahu jadi orang putih. Lagipun semua orang makan steak tak kira orang putih atau melayu atau china atau india atau iban atau kadazan atau eskimo. Tapi diorang tak percaya dan cakap pun sikit ada kasar jadi gaduhlah. Tumbuk menumbuk macam koboi bikin saya suka pasal macam ni boleh saya hentam orang yang suka bagi saya sakit hati.

Satu kali saya kena halau dari gelanggang silat sebab saya cakap ini silat tari menari macam pondan mana boleh lawan Hapkido. Diaorang sudah hot ajak saja gaduh saya cakap tak baiklah gaduh tapi lebih baik terima ini kritikan secara open mind lah, tapi diorang tak mau juga dan terus ajak saya masuk gelanggang. Saya cakap saya bukan mari sini mau cabar sapa-sapa tapi saya cakap yang betul punya hal jadi jangan kecil hatilah. Tapi ada tenaga pengajar datang dekat saya terus mahu hantam saya punya muka. Dia sudah silap. Sebab dia tak tahu saya masa itu sudah dua tahun belajar buah pukul datang dari China punya, dan ini silat memang tak tunggu orang pukul punya pasal ini silat jenis silat offensive bukan defense. Jadi saya dapat hantam dia punya ribcage dan kasi tolak dia punya lutut dan terus hantam dia dengan belebat anak-beranak. Dia jatuh luka muka semua habis lebam gigi pun ada pecah. Saya cakap jangan ini macamlah tak baik. Lepas itu saya pun takut terus lari. Sampai ini hari pun saya ingat diorang masih dendam sama saya.

Ini semua cerita mau kasi tahu pasal saya boleh cakap ini bahasa punya, sama seperti semua orang rakyat jelata juga. Saya juga ada respek ini bahasa tapi sekarang saya kurang respek pasal kerajaan pun tak respek ini bahasa jadi saya pun ambil keputusan mahu belajar bahasa inggeris betul-betul tapi ini bukan bahan bukti saya mahu jadi omputih.

Jangan tuduh saya itu macamlah.
Of course I speak Malay.

21 Comments:

Blogger mommy@lif said...

wah! hari ini dalam sejarah sebab saya membaca entry en bergen di dalam bahasa melayu & saya menjadi pengkomen pertama huhuhu

5:07 PM  
Blogger AuntyN said...

Banjir dah laptop I ni!!!! DOk tahan gelak, takut orang kata apa puan tu dok gelak sorang-sorang. LOL!!

5:13 PM  
Blogger Mama Rock said...

kah kah kah - orang putih ke, orang hitam ke, orang biru ke, kita kan orang malaysia ..LOL

6:18 PM  
Blogger MA said...

How come muka Samy Vellu came to mind bila saya baca ini yen-tree ?

Tada, tada...saya tau awak Melayu juga.

7:35 PM  
Blogger Sayuti said...

kalau dia tak cakap Melayu takdela dia nak baca blog Keng.

sir, i think you write better in english. sincerely.

7:52 PM  
Blogger Nazrah Leopolis said...

saya pun rasa awak ada terlebih letak rempah kari lah...

tapi mission awak tercapai, sungguh kelakar cerita awak...

awak jgn susah hati, walaupun bahasa inggeris awak bagus, kemelayuan awak sangat jelas.

tok wan kan ada sebut, takkan hilang (bau belacan) melayu di dunia.

*melawak saja, bukan mahu racist ya*

9:11 PM  
Blogger LifeBloom said...

Omigod - saya terguling2x baca entri Encik Bergen kali ini. Sangat kelakar! Kalau Encik Bergen nak cakap Hindustan pun saya tak kisah. Saya suka baca cerita2x Encik Bergen tulis..!

8:26 AM  
Blogger Jill Yusoff said...

saya ketawa terbahak-bahak membaca tulisan encik bergen kali ni. tapi saya pun sama macam itu mak andeh, terbayang-bayang muka itu mr. samy bila membacanya.

8:33 AM  
Blogger Justiffa said...

lol - u r interesting even when u merapu :)

10:37 AM  
Anonymous Anonymous said...

hilarious...quite a change from the past love-is-in-the-air, deep-insightful-thinking, memory-burdened entries. but u just gotta love 'em all

10:43 AM  
Blogger nadya.s said...

hahhahaa. cool. cute. baguuss.

penulisan bergen, sungguh mcm kitab melayu lama.

keep up the good work.

11:00 AM  
Blogger Lollies said...

but what has bahasa got to do with silat?

11:11 AM  
Blogger HH said...

My sentiments on the matter is mutual.

11:17 AM  
Blogger an0nymous-ign0ranus said...

tak takut ke nanti diorang hantar santau?

11:38 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saudara Bergen,

lawaknya u macam Samy vellu-betui kata Mat andeh
Weird pulak rasanya blog you in BM.

12:15 PM  
Blogger Kak Teh said...

aiyoooo, pandainya anda berbahasa melayu, tapi memang kak teh tak ada kesangsian yang bergen, wakaupun nama bergen boleh berbahasa melayu. dan syabas.

2:10 PM  
Blogger Queen Of The House said...

Of course no doubt about it you can speak/write Bahasa Melayu, and English (very well) because you come from the generation where both languages were taught and spoken well. I am worried what the kids nowadays are learning/speaking. Bahasa Melayu that is butchered and English that is berterabur .....

3:20 PM  
Blogger maklang said...

Banyak baik awak punya yentri ini kali aah... Ayo..yo...yo...

nanti itu Samy ada baca, awak kena tangkap sama dia oh...tapi awak boleh kata sama dia...Oh..saya tak ada buat salah..ini salah itu salah...

3:13 PM  
Blogger Bergen said...

Kepada semua pelawat yang menghadiri ini entry saya berucap selamat terima kasih kerana kesudian untuk kedatangan sini tempat. Saya kebesaran hati yang tidak boleh diperkataan.

Saya juga akan pengambilan inisiatif untuk usaha penulisan dalam ini bahasa lagi banyak supaya boleh kejayaan mendokong kerajaan punya kempen mahu penggunaan bahasa ini lebih keluasan. Sapa dokong sapa saya pun ada tidak berapa ambil perhatian kerana semua orang dokong ada baik juga larr bukan?

Sebagai akhir kata, keselamatan untuk semua pelawatan.

3:26 PM  
Blogger ROYAL JESTER said...

Reply Encik Bergen lagi kelakar. Lebih kelakar dari ur entry.hahahha...
Nasib baik tak tulis **malu**...lagi bahaya!

2:50 PM  
Blogger Clark Gable of Pulau Duyong said...

Bergeng,
Mung ning kelako sungguh,dok rajing lagi aku jupe orang mcg mung ...

3:01 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home